"Saya memohon maaf tak dapat hadiahkan pingat seperti rakyat harapkan." - Lee Zii Jia

Gagal membawa pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tersingkir dalam saingan pusingan 16 terbaik acara perseorangan lelaki, malam ini.

Pemain berusia 23 tahun itu, tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China, mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.

“Sekarang ini lockdown (sekatan pergerakan), ramai yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana, asyik tengok televisyen dan beri sokongan kepada kita (atlet negara). Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan,” katanya selepas perlawanan tersebut.

Dalam pada itu, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui pada perlawanan tersebut, hanya pengalaman yang membezakan beliau dengan pemain China yang berada di ranking keenam dunia itu.

“Pada set pertama, saya menguasai keseluruhan permainan. Tetapi pada set kedua, saya banyak membuang mata dan cuba mengejar untuk mendapatkan mata bagi meraih kemenangan penting itu tetapi gagal.

“Bermula set ketiga, saya hilang fokus. Dalam situasi itu, Chen Long dengan pengalamannya dapat mengawal keadaan. Banyak lagi yang perlu saya belajar,” ujarnya.

Baginya, kekalahan itu bukan penamat kepada kariernya, sebaliknya beliau akan bangkit untuk meraih kejayaan demi kejayaan pada kejohanan akan datang.

“Tidak perlu fikir banyak. Saya tidak menyesal, tiada alasan...seperti yang saya katakan, ini Olimpik pertama saya, dan saya perlu banyak berusaha dan benar-benar bersedia pada kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza malam ini, Zii Jia tumpas kepada juara bertahan Chen Long meskipun pada awalnya mempamerkan rentak permainan yang bertenaga.

Bermula dengan aksi cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-8, namun tumpas 19-21 di set kedua sebelum hilang tumpuan pada set penentuan apabila kecundang 5-21.

Zii Jia juga membuat penampilan pertama pada temasya Olimpik, sebelum ini adalah antara atlet Malaysia diletakkan sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Tokyo.

Anda masih keseorangan?

964,262 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen