Fasih berbahasa Melayu, 'slang' Lee Zii Jia ketika ditemu bual jadi perhatian

Meskipun pemain perseorangan badminton Malaysia, Lee Zii Jia  tewas ketika menantang atlet dari China, semalam namun aksi-aksi hebatnya terus menjadi bualan penyokong.

Kagum kefasihan Bahasa Melayu Lee Zii Jia

Seorang pengguna Twitter dengan menggunakan nama @mandarinjerr ada memuat naik kenyataan yang memaparkan rasa kagumnya dengan kefasihan atlet badminton itu berbahasa Melayu ketika ditemu bual selepas selesai perlawanan.

 

'Orang Alor Setar kot'

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut beranggapan perkara yang sama sekaligus mendedahkan bahawa anak kelahiran Kedah itu juga berbakat dalam rap.

 

 

 

'Cina Kedah memang terer'

'Dia kan power rap'

'Tak silap mak dia cikgu BM'

Untuk rekod, Lee Zii Jia berasal daripada Alor Setar, Kedah  dan telah mencipta nama di persada sukan antarabangsa sejak tahun 2016 lagi dan siapa sangka dengan usianya yang baru 23 tahun, Lee Zii Jia berjaya membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik Tokyo 2020 pula dalam acara sukan perseorangan badminton.

Meskipun tewas di saat-saat akhir, namun kehandalannya tak dapat disangkal lagi oleh rakyat Malaysia sekaligus berharap agar dia terus menjadi yang terbaik di masa akan datang.

Video ketika temu bual

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen