Tauke Jambu mengaku ditahan polis, nafi jadi bapa ayam atau pengedar

Oleh: Bella Bahrin

Sebelum ini, pihak polis telah mengeluarkan laporan telah menahan seorang pelawak yang disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia atau bapa ayam.

Susulan itu, nama pelawak terkenal Tauke Jambu atau Zamatul Amri Zakari menjadi sebutan ramai apabila didakwa sebagai pelawak tersebut.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Utusan, Tauke Jambu telah membuat pengakuan bahawa dia adalah orang yang telah ditahan oleh pihak berkuasa berhubung kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan seks, baru-baru ini.

Tauke Jambu telah membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya. 

“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut."

Pelawak itu sebelum ini telah menafikan dia adalah orang yang terlibat dengan kegiatan tersebut dan pernah menyelar tindakan beberapa pihak yang telah memetik namanya sebagai orang yang terlibat dalam kes tersebut. 

Sebelum ini, dalam serbuan itu yang dilakukan pihak polis merampas sebuah kereta Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat telefon pintar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen