Fendi Caliph Busker luah syukur, terima rumah PPR lepas 7 tahun penantian

Fendy Adlun dari kumpulan Caliph Busker meluahkan rasa syukur apabila penantiannya selama 7 tahun untuk menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) akhirnya tercapai selepas menerima surat tawaran untuk mendiami rumah itu, semalam.

Penantian 7 tahun berakhir

Dia yang juga seorang bapa tunggal dan kelainan upaya (OKU) turut menzahirkan rasa sukacitanya apabila lokasi kediaman tersebut berhampiran dengan kemudahan awam untuk dia bergerak selepas ini.

"Sudah tujuh tahun saya pohon, akhirnya dapat perhatian malah lebih mengharukan apabila dihubungi menteri sendiri yang bertanyakan keadaan kami."

"Saya dimaklumkan kunci unit kediaman dua bilik itu nanti sudah boleh diambil beberapa hari lagi. Rasanya selepas dibersihkan, baharu saya dapat pindahkan dulu barang."

"Kalau boleh memang nak masuk cepat rumah baharu, sekarang tengah dalam proses kemas dan bungkus barang. Mungkin saya minta tolong kawan untuk pindahkan perabot dan sebagainya."

Tanpa perlu bayar sewa selama setahun

Tidak hanya dengan itu, Fendi turut menerima kunjungan daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekaligus bagi menyerahkan dokuman selain menyantuni penyanyi berkenaan serta anaknya.

Memetik sumber Kosmo, Annuar sebelum ini menerusi ciapannya di Twitter turut memaklumkan akan kesediaannya untuk membayar sewa rumah berkenaan selama setahun.

Kongsi perjalan karier 

Di kesempatan itu, Fendi turut berkesempatan berkongsi perancangan keluarga kecilnya serta perjalanan kariernya selepas berpindah nanti.

"Dalam situasi pandemik Covid-19 ini banyak kerja terjejas tetapi saya harap dapat produktif dalam berkarya selain mahu tampil dengan sebuah lagi lagu baharu dalam tempoh terdekat."

"Mengenai anak, sepatutnya anak saya menjalani terapi di sebuah hospital sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan."

"Jadi kena tunggu dulu sampai semuanya kembali reda. Buat masa ini, bekas isteri pun bergilir-gilir menjaganya..."

Untuk rekod, Fendi telah bercerai bersama dengan isterinya yang juga dari kumpulan Caliph Busker sejak tiga tahun yang lalu. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Azalea Zafirah yang kini berusia 6 tahun.

Bagaimanapun, Azalea juga merupakan anak kelainan upaya iaitu masalah penglihatan selain disahkan autisme.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen