Damailah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, moga syurga menantimu

Oleh: Bella Bahrin

Setelah beberapa hari bertarung di hospital, penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir akibat Covid-19 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Berita kematian allahyarham Siti Sarah telah dimaklumkan oleh suaminya Shuib menerusi muat naik di Instagram. 

Bidadari syurga saya pergi buat selamanya

Allahyarham Siti Sarah dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 5.13 pagi, akibat Covid-19.

Pada malam semalam, Shuib melaporkan bahawa isterinya berada dalam keadaan kritikal, apabila paras oksigennya hanya tinggal 40 peratus. 

Shuib yang sedang melakukan bacaan Yasin bersama rakan selebriti lain menerusi panggilan video memohon agar orang ramai mendoakan kesihatan isterinya. 

Sebelum ini, allahyarham Siti Sarah yang hamil tujuh bulan telah ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan.

Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen