Seolah kejar timbangan amal kebaikan terakhir, Aktivis dedah Allahyarham Siti Sarah sempat lakukan korban di Gaza

Oleh: Bella Bahrin

Berita pemergiaan penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raisuddin sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia. 

Allahyarham yang sedang bertarung nyawa selepas disahkan positif Covid-19, telah melahirkan seorang putera sebelum ditidurkan selepas keadaan kesihatannya kian merosot. 

Siti Sarah ikuti ibadah korban di Gaza

Di media sosial, rakan selebriti, rakyat termasuk pemimpin menzahirkan ucapan takziah atas kehilangan penyanyi terkenal itu. 

Walau bagaimanapun, ucapan takziah daripada aktivis terkenal Nadir Al Nuri telah menarik perhatian apabila dia mendedahkan bahawa allahyarham Siti Sarah pernah menghubunginya untuk menyertai ibadah korban di Gaza. 

Menurut Nadir Al-Nuri, Allahyarham telah melakukan ibadah korban di Gaza. 

Masa tu saya terkejut bila beliau maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja, seolah beliau sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir.

Selepas itu beliau kerap berhubung dan bertanya tentang keadaan saudara-saudara kita di Palestin.

Perbualan antara allahyarham bersama aktivis Nadir Al-Nuri

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen