"Sempat video call kali terakhir, airmata Sarah mengalir memahami akan 'pergi'..." -Shuib

Oleh: Bella Bahrin

Pada pagi ini, kehilangan penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin semestinya mengejutkan ramai pihak dan meninggalkan kesan mendalam di hati rakyat Malaysia.

Memetik laporan BH Online, suami allahyarham Shuib berkongsi sempat membuat panggilan video terakhir kepada isterinya yang sedang nazak.

Panggilan video terakhir bersama arwah

Menurut Shuib ketika membuat panggilan video, dapat dilihat airmata Sarah mengalir seolah memahami apa yang diungkapkan.

"Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa. Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya."

Menurut Shuib malam semalam dia sempat ke hospital, namun terpaksa berpatah balik ke rumah kerana tidak dibenarkan bertemu allahyarham.

Bagaimana nak beritahu anak-anak

Menurut Shuib sehingga kini dia belum memberitahu anak-anaknya akan kehilangan ibu mereka. 

Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibu

Menurut sumber, jenazah arwah isterinya akan ditayammum dan disolatkan di hospital berkenaan kira-kira jam 10 pagi dan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen