Dikenali seorang pemurah, giliran Prof Muhaya & Ebit Lew pula dedah budi baik Siti Sarah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang terkesan apa pemergian penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin selepas beberapa hari bertarung melawan jangkitan Covid-19.

Keperibadiannya sebagai seorang isteri dan ibu dikatakan menjadi contoh buat kaum wanita di luar sana malah sikapnya sendiri itu tentunya sangat disenangi mereka yang mengenalinya.

 

Pernah berhasrat bantu bayar sewa rumah

Turut tidak lupa melepaskan peluang menzahirkan ucapan takziah adalah pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew juga mendedahkan bahawa arwah pernah menghubunginya semasa hayatnya.

Menerusi IG Story Ebit Lew menyatakan bahawa Allahyarham Siti Sarah pernah beberapa kali bertanya dan ingin membantu bayarkan sewa rumah mereka yang kurang berkemampuan serta anak yatim yang disekolahkan olehnya.

 

Sempat berbual sebelum ditidurkan

Tidak ketinggalan, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad merupakan pakar mata turut berkongsi rasa kesedihannya malah dilihat turut menangis semasa melakukan sesi siaran langsung di laman Facebook pagi tadi ketika berdoa untuk Allahyarham.

Malah, Prof Muhaya juga sempat berkongsi beberapa perbualannya bersama Siti Sarah sebelum Allahyarham ditidurkan di sesi siaran langsung tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen