Bonda Rozita zahirkan kesedihan pemergian Siti Sarah - "Inilah bidadari syurga disambut Allah"

Oleh: Zuzu Yasmine

Berita kematian selebriti tanah air Siti Sarah Raisuddin tepat jam 5.13 pagi tadi mengudang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Allahyarham baru sahaja melahirkan anak keempat menerusi pembedahan selepas kesihatan Siti Sarah dikatakan tidak stabil oleh suaminya, Shuib Sepahtu.

Lantaran itu, ibu kepada Datuk Aliff Syukri, Rozita Ibrahim yang juga merupakan seorang usahawan turut menzahirkan kesedihan diatas pemergian penyanyi terkenal itu.

"Pemergian Sarah mencengkam jiwa keibuan..."

Menurut pemilik jenama Jamu Ratu Malaya berkenaan, wanita itu turut meluahkan rasa sedih akan pemergian penyanyi terkenal tersebut malah tidak terbayang olehnya jika perkara tersebut berlaku kepada keluarganya.

Mesra dengan panggilan bonda, wanita itu meluahkan bahawa Siti Sarah dan Shuib adalah pasangan contoh yang terbaik buat anak-anak muda.

"Pemergian Sarah sangat terasa mencengkam jiwa keibuan, saya terbayang kalau dia anak saya bagaimana hancurnya hati saya melihat cucu saya dengan menantu saya menguruskan kehidupan selepas pemergiannya.

"Sarah dan shuib pasangan contoh terbaik untuk anak muda..." luahnya.

Bidadari syurga disambut Allah

Dalam pada itu, bonda turut meluahkan rasa bertuahnya Allahyarham pemergiannya selepas melahirkan anak selain memiliki suami yang cukup baik.

"Inilah bidadari syurga yang disambut Allah insya-Allah dia dimasukkan dalam golongan orang yang mati syahid kerana selepas bersalin dan kematian wabak, itu yang guru saya cakap tadi. Alam seterusnya yang sangat baik untuk sarah ..!!

"Bertuahnya arwah Siti Sarah kerana semua orang menyayanginya dan mendoakan nya dan memiliki suami yang baik yang tidak putus-putus memohon kemaafan bagi pihak isterinya," tambahnya.

Hidup sekadar pinjaman

kesempatan itu juga, Bonda memperingatkan bahawa apa yang dimiliki sekarang ini adalah pinjaman dan semua manusia akhirnya akan menuju ke alam akhirat juga.

"Hakikat hidup kita semua ni, beringat selalu yang kita tidak punya apa-apa pun, walaupun pada badan kita sendiri.

"Semuanya adalah hak milik Allah, Allah nak ambik apa yang ada dibadan kita dengan macam-macam cara. Paling kena ingat yang semua manusia akan menuju ke sana," luahnya.

Di akhir corentannya, bonda sempat meluahkan bahawa Allahyarham kini berada di tempat yang lebih baik berbanding ketika di dunia ini.

"Pemergian arwah Siti Sarah insya-Allah di syurga sudah tempatnya, tamat lah sudah ujian keluh resah sempit di dunia ini. Kini dia sedang menikmati alam yang lebih indah meninggalkan dunia & kita semua. Al-Fatihah," kongsinya lagi.

Sehubungan itu, rata-rata warganet turut bersetuju dengan apa yang dikongsi oleh usahawan berkenaan selain turut menzahirkan kesedihan tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen