"Benar saya cemburui pemergiannya, apa kebaikan arwah isteri? " - Shuib

Pemergian penyanyi, Siti Sarah Raisuddin awal pagi tadi benar-benar memberi impak yang luar biasa kepada hampir seluruh rakyat Malaysia.

Arwah yang sebelum ini dilaporkan sedang koma dan bertarung nyawa akibat Covid-19 disahkan meninggal dunia oleh suaminya, Shuib yang merupakan seorang pelawak menerusi muat naik hantarannya di Instagram.

Kebaikan arwah Siti Sarah jadi tanda tanya

Memetik sumber Berita Harian, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhammad diselubungi tanda tanya akan kebaikan yang arwah isterinya lakukan hingga terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak menitipkan doa buatnya.

"Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari pelusuk seluruh negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arwah. Tak kurang juga menghantar gambar memaklumkan solat hajat yang dilakukan."

"Malah ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tak saya kenali.

"Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri."

"Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan diri arwah. Saya tertanya-tanya apakah kebaikan arwah yang saya sendiri tak tahu. Benar, saya mencemburui pemergiannya."

-Shuib-

'Dia impikan husnul khatimah'

Selain itu, Shuib ketika ditemu bual turut berkongsi detik-detik yang dilalui olehnya selepas diberitahu keadaan Sarah pada ketika itu agak kritikal.

"Kami pernah bercakap soal kematian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggal pada Jumaat penghulu hari kerana mahu mendapat 'husnul khatimah' dan lepas seksaan kubur."

"Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu."

"Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga..."

-Shuib-

Untuk rekod, Shuib sekeluarga telah disahkan positif Covid-19 namun, keputusan hasil saringan selepas tamat tempoh kuarantin Sarah masih positif dan perlu dibawa ke hospital selepas didapati mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, keadaannya makin kritikal sehingga doktor terpaksa tidurkannya sekaligus menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan yang pada ketika itu berusia 7 bulan.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen