Tak hadir ketika pengebumian, ayah hanya dapat 'video call' iringi perjalanan akhir Siti Sarah

Jika dapat kita lihat keadaan sekitar tanah perkuburan ketika berlangsungnya sesi pengebumian Siti Sarah Raissuddin, tengahari tadi sedikit sesak dengan kehadiran orang ramai dan pihak media meskipun hanya dapat melihat dari kejauhan.

Tak dapat hadir pengebumian anak

Bagaimanapun, mungkin ada yang tidak tahu bahawa ayah kepada arwah Siti Sarah Raissuddin tidak hadir ketika pengurusan pengebumian anaknya, tengahari tadi.

Namun, seorang pengguna Tiktok ada memuat naik satu hantaran di platform tersebut  menyaksikan rakaman panggilan video yang dibuat ayahnya semasa bermulanya sesi pengebumian hingga selesai.

Meskipun, air mukanya kelihatan tenang melihat pengebumian anaknya, namun dari sudut hati seorang ayah yang paling dalam tak siapa tahu lebih-lebih lagi apabila tidak dapat mengiringi perjalanan akhirnya ke negeri abadi.

'Dalam hati tak siapa tahu'

Meninjau ke ruangan komen, tak dinafikan rata-rataynya turut meluahkan rasa sebak disamping meninggalkan ucapan takziah buat ahli keluarga arwah. 

 

'Kehilangan masih terasa'

'Ya Allah sedihnya'

 

Untuk rekod, Siti Sarah Raissuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.13 pagi tadi akibat Covid-19. Pun begitu, bayi lelakinya yang masih berusia 7 bulan dan masih dalam kandungan dapat diselamatkan pihak hospital sebelum Siti Sarah berdepan detik mendebarkan apabila bacaan oksigennya menurun.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen