"Anak-anak belum tahu Siti Sarah tiada..." -Shuib harap kuat beritahu pemergian arwah pada anak

Berat ujian yang menimpa pelawak, Shuib pada ketika ini selepas isterinya, Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia akibat Covid-19.

'Anak-anak belum tahu ibu tiada'

Bagaimanapun, perancangan Allah tak siapa tahu dan apa yang dia harapkan pada ketika ini doa orang ramai agar dipermudahkan urusan untuknya memberitahu anak-anak di rumah tentang khabar duka itu.

"Buat masa ini, anak-anak belum tahu lagi. Saya baru hendak balik rumah dan memberitahu mereka."

"Doakan urusan saya dipermudahkan. Bapa mentua, Raisuddin Hamzah, insya-Allah okey."

-Shuib-

'Moga doa buat arwah berbalik semula pada kalian'

Selain itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad berulang kali mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan dan peminat yang sebelum ini bersusah payah meluangkan masa dan berusaha berdoa untuk arwah isterinya ketika sedang bertarung nyawa melawan jangkitan tersebut.

"Juataan terima kasih buat doa, solat hajat, bacaan Yassin dan sedekah atas nama arwah isteri sepanjang tempoh kritikalnya selama beberapa hari ini."

"Hanya Allah sahaja dapat membalas budi baik semua. Ini atas asbab kebaikan dan kasih sayang, Alhamdulillah."

"Saya mendoakan semoga dipermudahkan kepada sesiapa sahaja dalam kesusahan berjuang dan bertarung nyawa akibat Covid-19."

-Shuib-

Terdahulu, Shuib sempat membuat panggilan video terakhir ketika arwah Siti Sarah sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), semalam sebelum dia disahkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen