"Memang dia ada kat rumah, tapi kita tak nampak..." -Anak-anak mula luah rindu pada arwah ibu

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ujian ini lebih-lebih lagi Shuib apabila kini rutin hariannya jelas sekali berbeza selepas kehilangan isteri tercinta.

Anak-anak mula luah rindu pada arwah

Menerusi perkongsian terbaharu pelawak itu di Insta Story, dia sedang meluangkan masa bersama tiga orang anaknya setelah selesai solat maghrib dan solat sunat hajat secara berjemaah.

 

Shuib dilihat sedang cuba memujuk anak keduanya, Talita yang berusia 8 tahun menangis kerana sudah mulai rindu arwah ibunya. Dia yang masih kecil lagi mungkin sukar untuk memahami situasi yang menimpanya meskipun sudah diperjelaskan oleh bapanya.

"Memanglah ada kat rumah tapi kita tak nampak dia, Talita rindu..."

Luah anak kecil itu kepada si bapa sambil mengesat air matanya menahan sebak dan rindu pada arwah ibunya yang baru sahaja meninggalkannya dalam keadaan dia masih kecil.

'Daddy ada kat sini...'

Sementara itu, Shuib yang akui bahawa anak sulungnya amat mirip arwah Siti Sarah juga kelihatan teresak-esak menangis namun, masih cuba untuk tenang sambil dipujuk ayahnya.

"Jangan nangis ya, Daddy ada kat sini..."

"Selagi Daddy hidup, Daddy akan make sure anak-anak Daddy jadi anak yang hebat, yang soleh solehah..."

-Shuib-

Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2011 dan hasil perkongsian hidupnya bersama mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata termasuk bayi berusia 7 bulan yang baru lahir secara pembedahan tanpa sedar.

Bagaimanapun, bayi yang diberi nama Ayash Affan terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada waktu yang sepatutnya atas faktor kesihatan Siti Sarah selepas disahkan positif Covid-19.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen