Tak dapat teruskan rakaman, Siti Nurhaliza sebak kenang pemergian arwah Siti Sarah ketika nyanyi

Menangis bukan tanda tak ikhlas dengan pemergian sebaliknya ia merupakan satu detik yang paling menyayat hati lebih-lebih lagi apabila kehilangan seseorang yang paling rapat dengan kita sewaktu hayatnya.

Begitulah juga yang dirasai oleh industri seni tanah air ketika ini apabila kehilangan permata berharga akibat daripada jangkitan Covid-19 dan telah meragut nyawa Siti Sarah Raissuddin awal pagi tadi.

Rakaman tertangguh

Menerusi perkongsian video Inai Jari dapat disaksikan Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesat air matanya ketika sedang menjalani rakaman virtual show.

 

Namun, rakaman tersebut tak dapat diteruskan untuk sementara waktu apabila beliau gagal menahan air matanya terus mengalir ketika membawa lagunya berjudul 'Bidadari Syurgamu."

Akui sebak dengan pemergian Siti Sarah

Menurut sumber, sebelum berlangsungnya rakaman pihaknya diberitahu bahawa Tokti meluahkan rasa bimbang sekiranya tidak dapat meneruskan rakaman berikutan perasaan sedih yang menyelubungi selepas menerima khabar berita tentang pemergian Siti Sarah Raisuddin.

"Sebelum memulakan rakaman, Tokti sudah memaklumkan bahawa beliau bimbang tak dapat nyanyi lagu tersebut kerana perasaan sedih dan sebak atas pemergian arwah Sarah."

Bagaimanapun, atas budi bicara kedua-dua pihak lagu tersebut dapat ditukar kerana faham dengan situasi hari ini yang amat mendukacitakan.

"Ramai yang menggelarkan arwah 'bidadari', banyak kebaikan dan cerita arwah yang dapat dijadikan panduan selagi masih bernafas."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen