Tak sensitif, DS Vida sempat promosi produk baru sambil luah sebak kenang pemergian Siti Sarah

Usahawan kosmetik, Dato Seri Vida sekali lagi menerima kecaman netizen selepas memuat naik 'story' di Instagram berhubung produk terbaharunya dengan usaha sama arwah Siti Sarah yang belum sempat dihebahkan kepada orang ramai.

Sempat promosi produk baru

Meskipun video tersebut telah dipadam oleh DS Vida, namun seorang pengguna Twitter dengan nama @nefertiti4lyfe ada berkongsi paparan video tersebut yang sempat dirakam olehnya.

Paparan video tersebut menyaksikan air muka DS Vida yang sayu selepas menerima berita pemergian Siti Sarah, namun dalam masa yang sama sempat memperkenalkan produk terbaharunya sekaligus meninggalkan pesan kepada sesiapa yang ingin membelinya terus berhubung dengan nombor yang tertera.

'Kubur masih merah diknon'

Meninjau pula ke ruangan komen, tak dinafikan hampir kebanyakan pihak menyelar tindakan itu kerana menganggap bukan waktu yang sesuai untuk mempromosikan sebarang produk meskipun ianya atas usaha sama dengan arwah Siti Sarah sebaliknya boleh digantikan dengan masa yang lain dan lebih sesuai.

 

'Marahnya tengok video ni'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen