Nama 'dipetik' netizen isu jual beli 'barang', Lan Petpet bakal ambil tindakan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular di media sosial akan video yang memaparkan seorang individu didakwa melakukan urusan jual beli barang di sebuah Kawasan gelap.

Sehubungan itu, nama pelawak terkenal Lan Pet Pet telah ‘dipetik’ oleh netizen berkaitan isu berkenaan.

 

Terbaru, menerusi Instagram Lan Pet Pet, dia menyatakan bahawa perkongsian tersebut berbaur fitnah dan mencemarkan nama baiknya.

Katanya, posting tersebut telah mengaibkan namanya dan dia akan mendapatkan khidmat nasihat peguam bagi tindakan lanjut.

“Memandangkan post-post yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat dari peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya di ruang kapsyen.

Dalam pada itu, dia akan membuat sidang media bagi menjelasakan lebih lanjut mengenai video yang tular itu.

“Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, rata-rata netizen turut bersetuju agar pelawak berkenaan membuat penjelasan bagi membersihkan namanya selain berharap agar urusannya dipermudahkan.

Kena jelaskan ni

Saman je

Sabar bang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen