Pertama kali bakal bertemu, Shuib tak sabar nak tengok & pegang Ayash Affan

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak sabar bertemu dengan Ayash Affan, Shuib suami kepada Allahyarham Siti Sarah memaklumkan bahawa dia akan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bertemu bayinya, buat pertama kalinya.

"Insya-Allah, kalau ada rezeki, esok saya akan ke HCTM untuk melihat Ayash Affan buat pertama kalinya.

"Anak-anak pun asyik bertanya. Insya-Allah, kalau ada rezeki esok, saya tak sabar nak tengok dia, pegang dia," katanya.

Perkara tersebut dikongsi pelawak dan usahawan terkenal itu dalam majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah isterinya yang berlangsung secara virtual malam tadi.

“Tipulah kalau kata okay”

Berkongsi mengenai hari pertama tanpa isteri tercinta, pelawak berkenaan tidak menafikan rasa rindu adalah satu perasaan yang berat untuk digambarkan.

"Hari ini, hari pertama di mana saya rasa, memang tipulah kalau saya cakap saya okay.

"Memang satu keadaan yang sangat pelik sebab sebelum ini, walaupun dia tak ada di rumah, tapi sekurang-kurangnya, saya tahu dia ada di hospital.

"Tapi, (hari ini) bila saya turun ke bawah, saya tahu dia memang dah tak ada.

"Cuma, itulah. Bila dihimpit rindu, bila rindu menjengah, jadi ia sesuatu yang agak berat. Insya-Allah, masa akan mengubati dan rindu akan kekal selamanya," kongsinya.

'Matin rindu ibu'

Ditanya mengenai keadaan anak-anaknya, Shuib memaklumkan bahawa anak ketiganya, Ariq Matin meluahkan rasa rindu terhadap ibunya sebelum tidur.

"Anak yang ketiga, Ariq Matin anggap perut ibu dia umpama bantal. Semalam, saya tidurkan dia dekat bawah ketiak saya. Saya ingat dia dah tidur sebab diam saja.

"Tiba-tiba, dia bersuara, 'Matin rindu ibu'. Itulah antara cabaran sebagai bapa. Itu memang lumrah manusia untuk rasa rindu," ujarnya.

“Jangan risau, saya reda”

Dalam pada itu Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhamad turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil berat akan dirinya dan memaklumkan bahawa dia dalam keadaan baik.


 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen