"Anak yang baik & tak melawan kata..." -Raissuddin kelu lepas tahu Siti Sarah telah 'pergi'

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas lebih sehari berdiam diri, akhirnya bapa kepada penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah berkongsi kedukaan atas kehilangan puteri kesayangannya yang meninggal dunia selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Kelu dan hilang kata-kata itulah yang dikatakan oleh Raissuddin Hamzah selepas diberitahu menantunya, Shuib tentang pemergian Siti Sarah. Penyanyi popular sekitar tahun 1980-an itu juga mengakui soalan mengenai puteri kesayangannya sukar untuk dijawab.

“Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada, saya tidak tahu nak berkata apa. Saat itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya.

“Saya tuan-tuan lebih faham perasaan saya. Kalau diminta komen, saya tak tahu macam mana nak jawab.

“Kalau dulu-dulu, sewaktu bersama dengan Sarah menyertai mana-mana pertandingan, apa sahaja pertanyaan wartawan, mudah untuk saya jawab. Tetapi yang ini, memang payah.

“Cuma yang saya harapkan, doakan Sarah agar tenang di sana. Kita hanya dapat mengenang dan dia takkan kembali lagi,” ujarnya.

Masih kurang sihat selepas turut dijangkiti Covid-19, Raissuddin mengakui reda akan ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi.

“Sebenarnya apa yang berlaku, apa yang terjadi adalah satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita bukan rancangan siapa-siapa. Ini yang dikatakan takdir, ini yang dikatakan ketentuan, ini yang dikatakan nasib. Tiga perkara, bunyinya berbeza. Apabila berlaku, saya tak tahu nak kata apa-apa,” katanya.

Katanya, sebelum Allahyarham pergi ke hospital, mereka sempat berpegang tangan namun tiada apa yang dibicarakan.

“Sehari sebelum dia pergi ke hospital, semasa saya sedang baring di atas sofa, dia datang pegang tangan saya Kami berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” tambahnya.

 

Menyifatkan Allahyarham seorang anak yang taat dan dan manja dengannya, Raissuddin menyatakan banyak kenangan manisnya dengan arwah sebelum Siti Sarah bergelar isteri kepada pelawak terkenal itu.

“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah dan melawan cakap saya.

“Allahyarham juga seorang yang manja dengan saya. Banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.Sebelum berkahwin, banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Kami banyak  bersama sampailah saya lepaskan dia untuk dijaga oleh Shuib,” luahnya.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafasanya pada jam 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur selepas tahap oksigen menurun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen