Kadar oksigen abang ipar pula menurun, Shuib akui fobia dengan Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih berduka akan pemergian penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, keluarga ini sekali berdepan kebimbangan apabila abang kepada penyanyi tersebut, Ahmad Firdous Raissuddin pula dikatakan sedang bertarung melawan Covid-19 di Hospital Serdang.

Menurut pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu memaklumkan tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.

"Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang," katanya.

Akui fobia dengan virus pembunuh itu, dia menasihatkan abang iparnya agar tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

"Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

"Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya," luahnya.

Shuib turut menasihati orang ramai agar sentiasa menekankan kepada penjagaan kesihatan diri.

"Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

"Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang," pesannya.

 

Dalam pada itu, pelawak berkenaan turut menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.

"Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.

"Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan," jelasnya.

Terdahulu, penyanyi terkenal Siti Sarah telah menghembuskan nafasanya pada jam 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur selepas tahap oksigen menurun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen