Sumbang kopiah kepada Imam dan Bilal, penceramah dedah lagi kebajikan arwah Siti Sarah

Selepas perginya Siti Sarah Raissuddin ke negeri abadi pada Isnin lalu, satu demi satu kebajikan waktu hayatnya dibongkar oleh individu dan juga rakan artis yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Hal ini mungkin apabila ramai yang tertanya-tanya amalan yang almarhumah Siti Sarah pernah lakukan semasa hayatnya sehinggakan pengakhiran hidupnya juga diiringi dengan jutaan doa dari orang ramai meskipun tidak mengenalinya lebih dekat.

Pernah sumbang kopiah untuk Imam dan Bilal

Terbaharu, seorang ustaz menerusi muat naik hantarannya turut mendedahkan sesuatu di laman Facebook miliknya berkenaan dengan kebajikan yang pernag dilakukan oleh arwah dan juganya suaminya, Shuib.

 

Dia yang dikenali sebagai Nizar Nadzir mendedahkan bahawa pasangan suami isteri itu pernah menyumbang kopiah kepada kesemua Imam daa Bilal Majid Ar-Rahah untuk kegunaan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai Imam dan Bilal, berkuliah agama dan kerja-kerja kebajikan.

"Bayangkan pahala yang sentiasa mengalir buat Almarhumah, Subhanallah dan bayangkan kalau sekecil-kecil benda seperti kopiah ini pun mereka mengambil tanggungjawab untuk bersedekah, apatah lagi banyak lagi benda-benda besar!"

Pergi dalam keadaan Allah mulia

Dalam pada itu, dia turut akui betapa mulianya pengakhiran hidup arwah Sarah sekaligus berpesan kepada orang ramai agar renungi perkara itu sebagai satu dorongan kepada diri untuk ke arah yang lebih baik selepas ini.

"Segala apa yang berlaku di sekeliling kita adalah takdir Allah. Punya hikmah untuk kita renungi dan insafi. Ia akan memberi kesan kepada mereka berfikir lalu mengubah diri ke arah yang lebih baik."

Untuk makluman, Siti Sarah Raissuddin telah bertemu penciptanya pada Isnin yang lalu akibat daripada jangkitan Covid-19 namun bayi dalam kandungannya yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sebelum si ibu berdepan detik mendebarkan apabila bacaan oksigennya dalam keadaan membimbangkan.

Meskipun sebelum ini peminat mengenalinya sebagai seorang penyanyi, namun siapa sangka rata-ratanya akui cemburu dengan pengakhiran kisah ceritanya yang benar-benar menakjubkan.

Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah, moga ditempatkan bersama golongan yang beriman di sisi Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen