Dapatkan vaksin segera! Dr. Amalina gesa ibu hamil ambil vaksinasi Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai ibu hamil yang dijangkiti Covid-19. Ada yang berjaya berjuang malah ada juga yang meninggal dunia ketika berjuang.

Tidak mahu kehilangan ibu mengandung lagi, pelatih pakar bedah kelahiran negara, Dr Amalina Che Bakri menggalakkan ibu hamil untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dengan kadar segera.

Ibu hamil vaksin segera!

Menerusi Instagram miliknya, Dr Amalina berkongsi sedikit kajian yang menujukkan pengambilan vaksin buat ibu hamil mampu melindungi serta mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 berbanding mereka yang tidak divaksin.

"Kepada ibu mengandung, saya mengalakkan anda untuk dapatkan COVID vaksin secepat mungkin.

“Kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’,” kongsinya di Instagram.

Selamat untuk ibu dan bayi

Tegasnya, vaksin tidak menjadi punca masalah kesuburan serta tidak meningkatkan risiko keguguran malah, selamat untuk ibu hamil dan bayi di dalam kandungan ibu berkenaan.

“Pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan dua dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk trimester ketiga kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester.

“Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang tinggi kepada mereka.

“Di Malaysia, anda boleh berbincang dengan Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) anda, discuss the benefits and risks, sekiranya anda mahu vaksinasi, boleh dapatkan surat daripada Pakar O&G untuk diberikan kepada pusat vaksin sekiranya anda bukan berada dalam gestation age 14-33 weeks,” jelasnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih akan info yang diberikan. Malah mereka juga berkongsi pengalaman tentang pengambilan vaksin saat mengadung.

Terima kasih info

Lambat nak tunggu 14 minggu

Lengkap dua dos

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen