"Kalau ada apa-apa beritahu Dafi ya..." -TPM tanya khabar Shuib & anak-anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah disebabkan jangkitan Covid-19 mendapat perhatian ramai bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga golongan pemimpin.

Tidak ketinggalan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut menzahirkan rasa simpati terhadap pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu berikutan kehilangan isteri tercinta beberapa hari lalu.

Turut menghadiri majlis tahlil dan bacaan Yassin Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, malam semalam, Ismail Sabri sempat bertanya keadaan anak-anak pelawak berkenaan.

“Anak-anak apa khabar?” itulah pertanyaan kepada Shuib.

Ismail Sabri yang juga merupakan bapa kepada penyanyi iaitu Dafi AF musim kelima, turut berharap agar keluarga pelawak berkenaan terus tabah dengan dugaan berkenaan.

“Saya ucap takziah dan harap awak bersabar ya… Kita hidup kena teruskan. Jadi kita berdoa sama-sama semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama para solehah di syurga.

“Kalau ada apa-apa yang perlu saya bantu beritahulah Dafi ya… InsyaAllah saya bantu,” akhirinya.

Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafasanya pada jam 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur selepas tahap oksigen menurun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen