"Moga kita bertemu lagi..." Ayah Amylea meninggal dunia

Bapa kepada penyanyi, Amylea Azizan disahkan meninggal dunia, sebentar tadi.

Ayah meninggal dunia

Khabar duka itu telah dikongsi oleh Amylea sendiri menerusi muat naik hantaran terbaharunya di Instagram.

 

"Saya telah kehilangan dia selama-lamanya...Tidak ada rasa sakit yang lebih besar daripada kehilangan ayah atau ibu."

"Allah SWT sahaja tahu dugaan demi dugaan. Ayahku adalah kurniaan Allah kepada saya dan saya bersyukur kerana memiliki ayah yang hebat."

Luahan di ruangan kapsyen amat meruntun hati. Dalam masa yang sama dia turut berharap agar dipertemukan semula dengan ayahnya selepas ini disamping memohon doa orang ramai buat ayah tercinta.

Terdahulu, Amylea memaklumkan bahawa kesihatan ayahnya semakin merosot selepas diserang sakit jantung.

Meskipun  dimaklumkan bahawa peluang untuk ayahnya adalah tipis, namun dia mengambil baki hayatnya untuk melakukan gerakan derma kilat bagi menampung kos rawatan ayahnya yang perlu dimasukkan ke hospital swasta.

Selain menerima rawatan sakit buah pinggang, ayahnya yang berusia 62 tahun dikatakan turut terkena jangkitan kuman pada paru-paru dan beransur pulih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen