Takut jarum punya pasal, 2 jam Syahmi pujuk Asif supaya cucuk vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi memastikan tidak dijangkiti penularan Covid-19, setiap individu disarankan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi.

Baru-baru ini, YouTuber dan pengarah filem telah membawa seorang pelakon dalam drama serta filem yang diarahkan olehnya sebelum ini ke Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Asif takut jarum rupanya

Berkongsi tentang anak istimewa, Asif mendapatkan suntikan vaksin di Instagram miliknya telah berjaya memperoleh lebih 900,000 tontonan apabila mendedahkan gelagat Asif yang takut dengan jarum suntikan.

YouTuber kelahiran Kelantan itu memaklumkan bahawa mereka terpaksa mengambil masa hampir dua jam untuk memberi suntikan vaksin kepada Asif. Pihaknya juga berterima kasih akan sikap sabar petugas di PPV tersebut.

Terpaksa dipegang ramai petugas

Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat awalnya Asif kelihatan tenang untuk menerima suntikan namun lama kelamaan dia menjadi takut hingga melakukan percubaan untuk melarikan diri.

Disebabkan itu, hampir beberapa petugas terpaksa memegang dirinya untuk memastikan dia duduk diam ketika menerima suntikan.

Lebih kelakar lagi apabila Asif tersenyum gembira mengetahui suntikan tersebut tidak sesakit yang disangkakannya.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur akan gelagat anak istimewa itu malah ada juga yang memuji keberanian Asif.

Kelakar Asif ni

Alhamdulillah Asif dah cucuk

Tahu tak sakit terus senyum

Buat pasal Asif ni

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen