Tolak tepi soal popular, Azlee Senario tak malu niaga buah-buahan sara anak isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, tular akan sekeping gambar di media sosial yang memaparkan pelawak terkenal sedang berniaga buah-buahan di tapak pasar malam telkah tular.

Sehubungan itu, pelawak Azlee Senario meluahkan rasa bersyukur selepas tularnya gambar tersebut perniagaannya mendapat sambutan yang mengalakkan.

"Alhamdulillah, sambutan pengunjung selepas gambar saya berniaga tular amat menggalakkan. Tapak niaga di Saujana Utama ini pun turut jadi popular. Secara tak langsung ia dapat bantu rakan-rakan lain yang meniaga," katanya.

Menurut Azlee atau nama penuhnya Azlee Jaafar, dia mula berniaga buah-buahan dan hasil laut seperti ikan, ketam, kupang, kerang, lala dan siput sedut di tapak pasar malam di Saujana Utama, Sungai Buloh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan lalu.

"PKP kali ini memang agak terkesan kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum bagi arahan untuk menjalani penggambaran.

"Jadi saya buat keputusan berniaga untuk cari pendapatan bagi menampung keluarga. Alhamdulillah sejak gambar saya berniaga tular, sambutannya amat menggalakkan. Saya berterima kasih kepada pihak media kerana membantu," katanya.

Pelawak dari kumpulan Senario itu turut berkongsi bahawa ada peminat yang selain datang mengambil gambar, turut membeli barangan jualannya.

"Sebenarnya mereka lebih suka tengok kita bercampur dengan golongan masyarakat menerusi berniaga. Maknanya artis dapat merapatkan lagi hubungan dengan peminat,” ujarnya.

Tidak kisah akan kepopulariti yang dimiliki dia memilih jalan ini demi mendapatkan rezeki bagi menyara keluarganya.

"Walaupun nama besar atau sebaliknya, saya letak tepi. Yang penting saya cari rezeki halal. Kalau duduk rumah nak tunggu tawaran kerja, takkan ada buat masa ini. Lebih baik saya ambil inisiatif berniaga, sekurang-kurangnya kita dapat beli barang-barang dapur dan bagi makan anak isteri," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Azlee turut memberi kata semangat dan nasihat buat rakan artis yang lain untuk tabah selain cuba berniaga sebagai sumber pendapatan ketika ini.

"Selagi kita ada keupayaan cari rezeki, jangan malu. Berniagalah kerana sekurang-kurangnya kita dapat menyara keluarga dan apabila semua pulih kita akan dapat bekerja semula.

"Tolak tepi status kita popular atau tak. Yang penting kita cari rezeki. Jangan fikir soal status. Yang penting siapa nak bagi rezeki untuk menyara keluarga," kongsinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen