Dilayan bagai raja, isu arwah Siti Sarah pakaikan Shuib stokin jadi perdebatan netizen.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin banyak membuka mata dan memberi pengajaran terhadap orang ramai.

Terutama layanan yang Allahyarham berikan kepada suaminya Shuib Sepahtu sememangnya mendapat perhatian. Malah, banyak video Allahyarham bersama suaminya menjadi tular disebabkan sikap romantis pasangan ini.

Bagaimanapun, video dimana Allahyarham memakaikan suaminya stokin telah menjadi perhatian ramai hingga menjadi perdebatan dalam kalangan netizen di laman Facebook dan Twitter.

 

Shuib beri arwah macam-macam

Mana tidaknya ada yang mendakwa layanan yang diberikan oleh arwah disebabkan apa yang pelawak terkenal itu beri kepadanya.

Isteri bukan orang gaji

Namun, ada juga yang tidak bersetuju akan perkara tersebut dan menyatakan bahawa isteri bukan orang gaji untuk melakukan perkara itu.

Bahagia cara lain-lain

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa kebahagiaan itu tidak diukur dengan hanya memakaikan stokin suami sahaja namun ada perkara lain lagi lebih penting.

Walau bagaimanapun, setiap pasangan tentunya mempunyai cara tersendiri untuk membuat insan yang mereka cintai bahagia. Namun apa yang lebih penting adalah tanggungjawab dalam rumah tangga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen