Dituduh lapar perhatian, doktor minta maaf silap bagi info. -"Isteri saya kritikal, bukan meninggal."

Menafikan tuduhan sengaja cari perhatian, pelakon Badrol Shah tampil perjelas kekeliruan yang memaklumkan bahawa isterinya berada dalam keadaan kritikal, bukanlah meninggal dunia seperti yang dikongsikan oleh media sebelum ini.

Trauma doktor salah bagi maklumat

Susulan insiden, dia akui trauma selepas doktor memberinya maklumat yang salah, namun dia tidaklah menyalahkan pihak hospital sebaliknya menganggap ia kesilapan yang tidak disengajakan kerana faham dengan situasi kakitangan hospital ketika ini.

"Saya akui cukup trauma selepas doktor tersalah beri maklumat, dapat panggilan pada waktu petang kata dan meninggal, tapi malam itu dapat panggilan kata isteri tengah nazak pula..."

"Saya ingin tegaskan di sini saya bukan sengaja buat cerita atau kaki penipu seperti yang netizen tuduh saya di media sosial, mereka cakap saya sengaja nak raih simpati."

"Saya tidak salahkan sesiapa dalam hal ini sebab saya faham mungkin doktor tersebut penat banyak handel kes pesakit Covid-19."

-Badrol Shah-

Bagaimanapun, pihak hospital telahpun meminta maaf berhubung kes tersilap beri maklumat itu.

Emosi anak terganggu

Tidak hanya dengan itu, nyata isu itu turut memberi kesan kepada anak-anak.

"Anak-anak pun beritahu saya mereka sedih apabila orang tuduh Abi (Badrol) mereka penipu susulan insiden salah faham."

-Badrol-

Terdahulu, Badrol mengesahkan isterinya telah meninggal dunia selepas doktor yang merawat isterinya memaklumkan perkara itu kepadanya.

Difahamkan, isteri Badrol dijangkiti wabak Covid-10 varian Delta dan kini dilaporkan masih dalam keadaan kritikal.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen