"Nak mengumpat ke berdakwah?" -Rita Rudaini sindir Amin Idris ulas isu 'puak' tipu sijil digital

Perkongsian penceramah motivasi, Amin Idris yang mempersoalkan tindakan golongan anti vaksin memalsukan sijil digital vaksin Covid-19 telah mencuri perhatian pelakon, Rita Rudaini.

Dituduh sengaja cetus provokasi

Susulan itu, Amin dituduh sengaja mencetuskan provokasi apabila kenyataanya menimbulkan rasa kurang senang pelakon berkenaan sekaligus menganggap pengacara program Tazkirah Malam Jumaat itu seolah-olah sengaja membuka ruang untuk netizen berbalah.

'Bukan mengata orang'

Memetik sumber mStar, Amin Idris tampil menjelaskan apa yang dilakukan itu adalah bagi memberi maklumat yang berasas kepada orang ramai namun, mungkin disalah erti oleh Rita.

"Saya baru tahu Rita Rudaini ada respons. Pendekatan saya daripada dulu bukan jenis mengata orang."

"Saya hanya respon kepada tindakan mereka dan beri input kepada orang ramai... Kalau orang itu terasa, baguslah."

"Semoga dia fikir balik tindakan dia. Apa yang saya tulis disertakan dengan hujah dan dalil."

"Saya tidak sampai tuduh orang ejen Yahudi. Kalau tak setuju dengan saya, silakan bawa hujah dan dalil. Saya okey saja."

Terima teguran dengan hati terbuka

Selain itu, Amin turut menegaskan orang ramai agar menerima terguran dengan hati terbuka lebih-lebih lagi golongan tersebut kerana mereka juga pernah menyebarkan berita-berita yang tidak baik kepada masyarakat tentang vaksin.

"Saya hanya respon kepada siri-siri sebaran terbuka  termasuk oleh sebilangan kecil selebriti berkempen menolak vaksin malah salah guna dalil agama."

"Apabila saya jawab, mereka melenting, Tapi apabila mereka sebar... malah siap tuduh macam-macam pula?"

"Kalau kita nak kritik orang, maka bersedialah juga untuk dikritik. Termasuk saya."

-Amin Idris-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen