Isu mahu jadi ibu susuan, Syatilla Melvin tampil beri penjelasan

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu menzahirkan kekeliruan apabila memikirkan saranan pihak hospital agar bayinya hasil perkongsian hidup bersama arwah isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin perlu diberikan susu ibu.

Dalam pada itu, nama pelakon Syatilla Melvin turut disebut antara indivdiu yang menawarkan diri memberikan susu badan kepada anaknya.

Tidak mahu salah faham terus dihebohkan, pelakon Syatilla Melvin tampil menjelaskan kenyataan berkenaan dirinya yang dikatakan mahu menjadi ibu susuan kepada bayi pelawak Shuib Sepahtu.

Menerusi Instagram pelakon cantik manis itu, dia sebenarnya menyampaikan hasrat rakan baiknya yang mahu membantu Shuib sekiranya dia memerlukan susu badan buat Ayash Affan yang baru berusia lima hari.

Pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini mendakwa kemungkinan terdapat kekeliruan segelintir pihak berkenaan apa yang disampaikan.

“Mungkin ada sikit kekeliruan sesetengah pihak, insyaallah lepas ni dah boleh clear dah,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu dia turut berkongsi ‘screenshot’ mesej yang dia hantar kepada pelawak berkenaan ketika Allahyarham Siti Sarah masih berada di dalam Unit Rawatan Rapi selepas melahirkan Ayash Affan.

“Ini antara conversation tilla dengan Shuib semasa arwah kak Sarah masih bertarung di icu,” tambahnya.

Terdahulu, Siti Sarah yang hamil tujuh bulan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen