Lapan tahun tunggu cahaya mata, wanita sebak bila doktor saran rahim dibuang

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercakap mengenai anak ini, tentunya satu perkara yang agak sensitif buat pasangan suami isteri yang telah lama menunggu cahaya mata ini.

Ada yang sudah bertahun-tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata, malah ada juga yang telah melakukan pelbagai usaha namun masih belum diberikan rezeki olehNya.

Tak dapat buat IVF 

Seperti wanita ini selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya dia membuat keputusan untuk melakukan rawatan kaedah in vitro fertilisation atau IVF bagi mendapatkan anak.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan wanita bernama Novyandi ini apabila dia tidak dapat membuat IVF sebaliknya disarankan untuk melakukan proses hysterectomy iaitu pembuangan rahim.

Tidak percaya akan berita tersebut, wanita berkenaan dilihat menangis di samping suaminya sambil diberikan kata-kata semangat.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati akan nasib wanita berkenaan. Mereka juga turut membanjiri kata-kata semangat buat wanita tersebut agar terus kuat dengan ujian yang terpaksa dilalui itu.

Tak ada yang mustahil

Moga kuat semangat

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen