Padam gambar lama, Izara Aishah tampil manis bertudung labuh

Oleh: Zuzu Yasmine

Tampil dengan gaya yang berlainan, pastinya ramai yang terkejut melihat penampilan baru pelakon, Izara Aishah di Instagram miliknya.

Menerusi posting terbaru, Izara dilihat mengenakan pakaian yang lebih sopan malah bertudung labuh.

Bagaimanapun, pelakon berkenaan menutup ruangan komen posting tersebut selain turut tidak meletakkan apa-apa kapsyen.

Difahamkan juga, pelakon berkenaan bertindak memadam gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung hingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Melihat ke laman Twitter milik Izara, dia ada memuat naik status bertanyakan mengenai khimar selain berterima kasih atas doa untuknya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet mendoakan semoga pelakon berkenaan terus istiqomah selain turut tumpang gembira melihat perubahannya.

Makin cantik makin terjaga

Moga istiqomah

Moga dipermudahkan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen