Kekal atau tidak? Muhyiddin Yassin bakal umum kedudukan pimpinan pada Isnin

Memetik laporan Harian Metro, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada Isnin.

Pengumuman dijangka pada Isnin

Hal tersebut telah dimakluman oleh pegawai kanan kepada dua menteri pada, Sabtu selepas selesai menghadap Agong dan pertemuan dengan beberapa pihak penting.

"Makluman oleh Perdana Menteri itu dijangka dibuat pada tengahari, sebaik beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara."

Bagaimanapaun, Muhyiddin Yassin juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani serta Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang dan juga pegawai kanan kerajaan.

Selain itu, Muhyiddin Yassin dimaklumkan telah mengadakan mesyuarat ringkas bersama anggota Kabinetnya pada pagi, Sabtu yang mana difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi memaklumkan mengenai hasrat dan rancangannya selepas ini.

Manakala di sebelah petang pula beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan dijangka satu mesyuarat bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) partinya, hari ini.

Tawaran kerjasama rentas parti ditolak

Menurut sumber, semalam Muhyiddin menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan PN dengan parti di luar kerajaan sekiranya usul undi percaya terhadapnya diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 September depan.

Ujarnya, cadangan itu bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi ketika pandemik Covid-19 dengan sokongan bi-partisan di Parlimen.

Namun, tawaran tersebut ditolak oleh majoriti Ahli Parlimen pembangkang dari Pakatan Harapan, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta Ahli Parlimen Umno yang sebelum ini menarik sokongan kepada beliau.

Sementara itu, jurucakap Istana Negara yang dihubungi memberitahu belum dapat mengesahkan berkenaan sebarang majlis mengadap oleh Perdana Menteri bersama Yang di-Pertuan Agong.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen