Selepas Izara dan Elizad kini Vicha pula mula langkah bertudung sepenuhnya

Pelakon dan juga pelawak dari Indonesia iaitu Vicha telah memulakan langkahnya untuk berhijab sepenuhnya selepas beberapa artis lain juga melakukan hal yang sama.

Namun, rata-ratanya akui ianya berlaku adalah bukan disebabkan terpengaruh atau keterpaksaan dari mana-mana pihak sebaliknya adalah atas dasar keikhlasan diri sendiri.

Hasrat bertudung pernah terbantut 

Bercerita lanjut tentang hasratnya untuk mengenakan hijab, dia sebelum ini juga pernah terdetik untuk bertudung namun, terlalu banyak perkara yang terlintas di fikirannya menyebabkan hasrat murninya terbantut.

"Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan. Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak."

"Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah."

"Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umat."

-Vicha-

Harap perubahan berterusan

Dalam pada itu, dia turut berharap agar penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selama-lamanya.

"Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa darupada orang ramai supaya saya terus istiqamah. Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya."

-Vicha-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen