Baru jadi duda, lelaki kahwin lagi dengan bekas isteri 'member' pula

Pernah atau tidak terlintas di fikiran, apa gunanya kahwin kalau penghujung berakhir dengan perpisahan, tidak kiralah berpisah hidup atau sebaliknya dan yang jelas ia amat menyedihkan.

Lepas berpisah kahwin dengan janda member

Namun, takdir Allah lebih hebat dari apa yang kita rencanakan seperti yang terjadi kepada pasangan influencer Indonesia ini yang mana kisah mereka telah menjadi tumpuan di  sana. 

Menerusi sumber yang dipetik oleh Suara.com, Alvin Faiz yang sebelum ini telah berpisah dengan isterinya, Larissa Chou dilaporkan telah berkahwin untuk kali yang kedua, namun apa yang lebih memeranjatkan apabila calon isterinya merupakan bekas isteri sahabatnya sendiri, Henny Rahman.

Macam mana jadi macam ni?

Khabar itu jelas sekali memberi pelbagai persepsi dalam kalangan peminat baik positif mahupun negatif sekaligu membuatkan mereka tertanya-tanya bagaimana hubungan persahabatan antara Alvin dan Zikry selepas ini kerana mereka sangat rapat sebelum ini.

Bagaimanapun, menerusi muat naik hantaran di Instagram di sekitar majlis pernikahan Alvin dan Henny dapat dilihat ucapan dari Zikry untuk kedua-dua mereka.

 

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup dua orang sahabat itu bersama isteri mereka sebelum ini, masing-masing telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Namun, punca perpisahan mereka hanya dikhabarkan kerana mempunyai  masalah peribadi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen