"Tak sangka ini penghantaran terakhir..." -Ibu meraung sebelum rebah di sisi jenazah anak

Satu kemalangan jiwa telah dilaporkan, semalam yang melibatkan sebuah motosikal dan lori membawa muatan batu kelikir ketika dalam perjalanan untuk menghantar kepada pelanggan di Kampung Tok Malek.

Ibu meraung di sisi anak

Susulan insiden, penunggang motosikal terbabit yang dikenali sebagai Shahrul Faieza Zamzuri ditemui maut di tempat kejadian yang pada ketika itu baru selesai membuat penghantaran kek yang ditempah pelanggan.

Remuk hati seorang ibu melihat anaknya terbujur kaku pada ketika itu, dia berulang kali memeluk dan meratap hiba di sisi anaknya sambil dilihat beberapa kali meluahkan rasa bersalah kerana mangsa menemui ajal atas urusan perniagaannya.

"Anak saya kerap menawarkan diri menghantar kek yang saya buat kepada pelanggan dan hari ini dia membuat penghantaran di Kampung Tok Malek, tidak jauh dari rumah."

"Saya tidak menyangka hari ini adalah hari terakhir dia membuat penghantaran."

-Ibu-

Ibu tiba-tiba longlai

Bagaimanapun, situasi semakin pilu apabila bapa mangsa yang baru tiba di lokasi dan terus menerkam ke arah anaknya yang berlumuran darah sebelum kedua suami isteri itu meraung di sisi mangsa.

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada mangsa tiba-tiba longlai sehingga terpaksa dipapah ahli keluarga sebaik sahaja jenazah anaknya ingin diangkat ke dalam trak polis.

Setersunya, Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat iaitu Deputi Superitendan Mohd Razi Rosli tampil mengesahkan kejadian tersebut.

"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang menunggan motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 dari arah bertentangan secara tiba-tiba masuk ke laluan lori menyebabkan berlaku pelanggaran secara berhadapan."

-Polis-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen