Tak dapat belanja mak makan malam, lelaki terkilan duit jualan masuk longkang ditiup angin

Seorang peniaga makanan terpaksa akur apabila duit jualannya pada hari itu hanyut dibawa deras air longkang sekaligus menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat membeli makan malam untuk ibunya di rumah.

Cubaan selamatkan duit sales tak kesampaian

Bercerita lanjut kisah yang menimpanya, dia yang dikenali sebagai Muhammad Syafiq Samsuri berkata kejadian tersebut berlaku pada lewat petang Jumaat.

Jelasnya, keadaan pada ketika itu huru-hara membuatkan dia bertindak pantas menyimpan wang hasil jualan di atas tempat duduk motosikal dalam gerai.

"Masa tu angin kuat dan saya cepat-cepat selamatkan bekas simpan duit sales dahulu. Masa tu juga saya membelakangi motosikal jadi ada halangan daripada ditiup angin."

"Semuanya berlaku dengan sangat pantas, dan saya kemudian tengok bekas duit sales dah tak ada, dah jatuh longkang di belakang gerai... Angin kuat sangat masa tu."

"Saya cuma nampak bekas duit isi dalamnya dah tak ada. Mungkin semu wang kertas hanyutt dalam air longkang, dibawa arus deras."

-Peniaga-

Niat nak belanja mak tak kesampaian, terpaksa makan maggi

Sungguh berat ujian yang menimpanya namun, akur dan bersangka baik dan apa yang lebih memilukan apabila Syafiq terpaksa melupakan niatnya untuk belanja ibunya makan malam pada hari itu kerana kerugian yang dialami.

Susulan itu, mereka hanyalah makan maggi dan sekadar apa yang ada di rumah.

"Duit sales yang kami dapat sejak pagi dianggarkan RM800. Itulah kerugian kami, yang jumpa hanya bekas duit sahaja, bila diambil cuma ada takungan air."

"Memang tak tahu nak cakap apa. Tapi dalam hati saya kata tak apa tak ada rezeki untuk hari itu. Sepatutnya lepas tutup kedai nak beli makan malam untuk mak sekali"

"Saya beritahu mak, duit hilang dah hanyut. Mak faham. Kami makan apa je yang ada."

-Peniaga-

Tambahnya, dia reda dengan kejadian tersebut selain berpesan agar selalu berdoa dan betulkan niat untuk bekerja agar tiada rasa putus asa sekiranya dilanda ujian dalam kehidupan.

Rakaman kejadian

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen