Tiada lagi isu siapa layak, Shuib dah jumpa ibu susuan untuk Ayash Affan

Sejak kebelakangan ini, timbul isu berkenaan siapa individu yang layak untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib dan arwah Siti Sarah iaitu Ayash Affan yang kini masih berada di hospital.

Dah jumpa ibu susuan Ayash

Susulan itu, ramai yang mula memberi cadangan dan pandangan masing-masing berhubung perkara tersebut namun, menerusi temu bual pelakon dan pelawak itu, dia telahpun menemukan ibu susuan yang selayaknya untuk putera bongsunya.

 

Perkara itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun _inaijari_ dia laman Instagram yang menyaksikan sedikit sebanyak perkongsian dan perkembangan semasa Shuib serta ahli keluarga kecilnya selepas kehilangan isteri tercinta akibat Covid-19.

"Berkenaan dengan ibu susuan Ayash, kita dah bincang untuk cari dalam kalangan ahli keluarga juga..."

"Dia adalah sepupu saya yang baru sahaja dapat baby dalam 6 bulan."

-Shuib-

Terdahulu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 dalam keadaan tengah sarat mengandung anak keempat.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan yang berusia 7 bulan dapat diselamatkan sementara Siti Sarah pula adalah sebaliknya. Bukan sahaja tidak dapat bertemu bayinya bahkan juga tidak sempat menyusukan anak yang mereka nantikan selama 6 tahun itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen