“Kami telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Agong." - KJ

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kemelut politik yang melanda negara, Anggota Kabinet dikatakan sudah menghantar surat peletakan jawatan mereka kepada Yang di-Pertua Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perkara tersebut dikongsi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi IG story di Instagram miliknya tengah hari tadi.

 

“Kami telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Agong.

“Terima kasih atas peluang ini untuk sekali lagi berkhidmat kepada negara. Semoga Tuhan merahmati Malaysia,” tulisnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah selesai menghadap Agong dan kenderaan yang membawanya dilihat keluar kira-kira 30 minit selepas itu.

Dijangkakan satu pengumuman berhubung isu ini akan dilakukan pada petang ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen