Berakhir 6 bulan pemerintahan, Muhyiddin Yassin umum bukan lagi Perdana Menteri

Pejam celik memasuki 6 bulan usia pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pelbagai ujian dan cabaran yang dilalui olehnya sejak Covid-19 menyerang negara sehinggakan muncul khabar angin yang mendakwa bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Muhyiddin Yassin bukan lagi Perdana Menteri

Menerusi kenyataan beliau pada sidang media, akhirnya terhurai segala tanda tanya bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri Malaysia selepas selesai menghadap Agong, tengahari tadi.

"Ini adalah selaras dengan Perkara 40 (2) (a) dan 43(2)(a) yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat  sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri."

-Muhyiddin Yassin-

Muhyiddin Yassin sebagai caretaker Perdana Menteri

Dalam pada itu, Agong turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaam pimpinan Muhyiddin atas khidmat khusunya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen