Hari terakhir berkidmat, Hishammuddin nekad terus berbakti buat rakyat

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pengesahan rasmi mengenai kedudukan barisan Jemaah Kabinet, Instagram Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mencuri tumpuan selepas memuat naik satu video di akaun miliknya.

Dalam video yang dikongsikan itu, Hishamuddin meluahkan rasa berterima kasihnya kepada warga Kementerian Luar Negeri dan juga Majlis Keselamatan Negara yang kedua-duanya dibawah bidang kuasanya.

Hishammuddin juga mengakui menjadi salah seorang barisan pentadbiran ketika Pandemik melanda bukan satu perkara yang mudah namun itu tidak mematahkan semangatnya.

“Hari ini merupakan hari terakhir saya berkhidmat. Menteri Kanan Luar Negeri ketika seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19 bukanlah satu perkara yang mudah. Penuh dengan dugaan dan cabaran.

“Disebalik segala cabaran tersebut, ia tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk terus melunaskan amanah dan tanggungjawab yang diberikan,” katanya.

Dalam video tersebut, beliau turut menyatakan bahawa akan terus berjuang selepas ini dalam apa-apa kapasiti demi rakyat dan negara tercinta.

“Pada saya, tiada noktah dalam perjuangan. Saya akan terus berbakti dalam apa jua kapasiti yang saya boleh. Bagi saya perkara yang paling penting adalah apa yang boleh disumbang demi kebaikan rakyat dan negara,” luahnya.

Akhir katanya, beliau memohon maaf dan berterima kasih kepada mereka yang membantunya sepanjang berkhidmat selama ini.

“Saya sangat berterima kasih kepada yang membantu dan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada kekurangan sepanjang saya menggalas tanggungjawab ini.

“Semoga Allah SWT terus memberkati perjuangan kita demi memartabatkan bangsa dan negara tercinta,” ujarnya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet menzahirkan penghargaan kepadanya, selain menyifatkan beliau sebagai antara menteri yang berkhidmat dengan baik untuk negara.

Malah, mereka juga turut menyokong sekiranya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru kelak.

Terus berjuang!

Bakal PM

Jasamu akan dikenang

Paling dipercayai

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen