Tanya netizen nak kirim apa, Caprice bagi 'hint' nak balik Malaysia?

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih ingat lagi akan isu Caprice yang menyatakan tidak mahu pulang ke Malaysia sekiranya kerjaan tidak bertukar dalam masa terdekat?

Perkara tersebut disuarakan oleh penyanyi rap berkenaan di dalam satu sesi live bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan beliau dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana malah berkemungkinan kerajaan baru bakal terbentuk tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Caprice telah memuat naik harapannya di IG story yang mengharapkan supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein bakal dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru.

Caprice bakal pulang?

Terbaru, dalam posting yang dimuat naik, Caprice memberitahu bahawa dia tidak suka menjadi betul selain turut bertanya pengikutnya sekiranya ingin mengirim apa-apa sebagai buah tangan.

Kirim air zamzam, jodoh

Sehubungan dengan itu, rata-rata pengikutnya memberi pelbagai kiriman secara meskipun ada yang berseloroh dan ada yang serius.

Malah, ada juga yang memintanya agar tidak pulang dan terus duduk di sana.

Minta duduk sana

Minta Cap selamat balik je

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen