"Cukuplah setakat ni..." -Nama tercemar isu jual wanita, Tauke undur diri dari dunia hiburan?

Nama pelawak Tauke dari kumpulan Jambu sebelum ini perna menjadi bualan netizen susulan dakwaan ke atasnya berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Umum undur dari dunia hiburan

Memetik laporan mStar, pemilik nama Zamatul Amri Zakaria akhirnya membuat keputusan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan.

"Akibat peristiwa ni saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan."

"Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain... saya rasa cukuplah setakat ini."

Nafi jadi bapa ayam

Dalam pada itu, Tauke turut menafikan dirinya menjadi bapa ayam atau terbabit dalam aktiviti tak bermoral seperti itu selain meluahkan rasa kesal apabila netizen terus menghukumnya walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan.

"Masa tu polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket itu, Jadi memang wrong tima and wrong place saya lalu kawasan pemeriksaan itu, polis periksa lah."

"Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan lah adik angkat jadi mangsa."

-Tauke-

'Itu rambutan dan petai, bukan peralatan seks'

Mengulas lanjut tentang siasatan awal, Tauke memaklumkan bahawa barang yang dibawa bersamanya adalah rambutan dan petai, bukanlah peralatan seks seperti yang didakwa.

"Saya nak netizen faham perkara sebenar, dalam kereta hanya ada rambutan gading dan juga petai, bukan peralatan pelacuran."

"Rambutan dan petai dibeli untuk isteri."

-Tauke-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen