"Dia buat hal lagi..." -Aliff Syukri rawat duka netizen, tawar diri jadi PM ke-9?

Usahawan Kosmetik, Dato' Alif Syukri bukanlah lagi figura asing dalam kalangan netizen yang sering kali mencetuskan pelbagai kontroversi sehingga dihujani kritikan pedas dalam kalangan wargamaya.

Cadang diri jadi PM ke-9

Namun, kelihatannya dia begitu cekal menghadapinya dan tidak putus asa untuk terus menjadi penghibur buat netizen dan itu termasuklah cubaannya menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri ke-9?

Hal itu dapat dilihat menerusi muat naik hantaran terbaharunya di Instagram yang memaparkan template borang permohonan yang sudah diisi olehnya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Kalau ada rezeki tak kemana. Doakan semuanya dipermudahkan"

'Mak orang pertama memberontak'

Menjengah ke ruangan komen pula, nampaknya rata-rata netizen tidak menghentam hantaran kali ini sebaliknya dihujani emoji ketawa dan ikut melayan karenah usahawan terbabit sekaligus tanpa sedar ibunya turut tak ketinggalan menjadi individu yang mentertawakan gelagat anaknya dengan berseloroh tidak bersetuju jika dia menjadi Perdana Menteri.

 

Jangan melawak Dato'

'Bolehlah Dato' dari tak ada'

 

 Umum sedia maklum bahawa hari ini merupakan hari di mana Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri yang ke-8 selepas 6 bulan memerintah.

Namun, perjuangannya terhenti pada tanggal 16 Ogos 2021 setelah Agong memperkenankan perletakan jawatan itu namun, pengganti yang sesuai untuk menyambung menggalas tugas sebagai Perdana Menteri ke-9 adalah belum dimukatamdkan lagi dan masih menjadi tanda tanya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen