Ada keluarga lahirkan anak, Shuib pilih sepupu jadi ibu susuan ‘baby’ Ayash Affan

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, suami kepada penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah, Shuib memaklumkan bahawa dirinya pening memikirkan di mana mahu mencari ibu susuan anaknya yang dilahirkan secara pramatang minggu lalu.

Sehubungan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menyatakan bahawa dia memilih untuk mendapatkan susu ibu dalam kalangan keluarga sendiri untuk anaknya, Ayash Affan.

Menurut pelawak dan usahawan itu, dia memutuskan untuk menjadikan sepupunya sebagai ibu susuan kepada Ayash Affan. Katanya, keputusan ini dibuat setelah berbincang sesama ahli keluarga.

“Selepas kita berbincang dengan keluarga, alhamdulillah ada di kalangan keluarga saya iaitu sepupu saya yang baru sahaja melahirkan anak dalam enam bulan,” kongsinya di Melodi baru-baru ini.

Bapa kepada empat cahaya mata itu turut meluahkan rasa bimbang terhadap masa depan Ayash Affan sekiranya mendapatkan susu badan daripada pihak luar.

“Takut juga masa depan nanti kita tak tahu apa nak jadi. Takut terkahwin pula..jadi masalah nanti. Jadi, saya ambil dalam kalangan keluarga,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Shuib juga turut mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan rakyat Malaysia yang berniat untuk menolongnya mendapatkan bekalan susu ibu.

“Bukan sahaja Tilla (Syatilla), ramai lagi rakan artis yang saya pun tak sebut nama dia. Ramai juga orang yang saya tak kenal tapi sudi nak bantu saya. Yelah..susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

“Saya harap Allah balas ganjaran kepada semua orang yang ada sejak hari pertama bersama-sama dengan saya. Terima kasih juga yang doakan kekuatan untuk diri saya.

“Kalau la ada perasaan seperti saya yang merindukan arwah, jangan terlalu berduka. Takut dia (Allahyarham Siti Sarah) sedih. Bila kita teringat, sedekahkan Al-Fatihah,” ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin disahkan meninggal dunia pada 9 Ogos lalu selepas tahap oksigennya menurun susulan dijangkiti wabak Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen