Lepas letak jawatan menteri, Annuar Musa daftar sebagai sukarelawan pula

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, Malaysia digemparkan akan peletakkan jawatan Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas hilang majoriti sokongan daripada ahli parlimen.

Disebabkan itu, seluruh kabinet Perikatan Nasional (PN) terpaksa dibubarkan dan menteri-menteri di bawahnya perlu meletakkan jawatan.

"Maaf segala kekurangan"

Sehubungan itu, rata-rata menteri di bawah kabinet berkenaan telah memuat naik pemohonan maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam perkhidmatannya selama ini.

Tidak ketinggalan seorang Ahli Parlimen Ketereh, yang juga merupakan mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa juga melakukan perkara yang sama.

"Tak ada pemandu, gaji & pengawal"

Walau bagaimanapun, beliau telah mendaftar sebagai Sukarelawan untuk Prihatin Sukarelawan bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan Wilayah.

Menerusi ciapan Twitter miliknya, Annuar Musa memaklumkan bahawa selepas ini beliau tidak lagi mempunyai pemandu, pengawal keselamatan dan gaji seperti sebelum ini kerana semua itu adalah pinjaman sahaja.

Justeru itu, beliau tekad untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan golongan gelandangan bermula esok iaitu hari ini.

Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen berkenaan ciapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen itu.

Ada yang memuji tindakan mantan Menteri Wilayah Persekutuan itu atas usahanya yang prihatin terhadap golongan yang tidak bernasib baik di ibu kota.

Selami perasaan rakyat

Berkhidmatlah dalam apa jua cara

Ikhlas dalam perjuangan

Terima kasih atas bantuan

Selamat bertugas

Baik jaga kawasan mengundi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen