"Kau jangan buat hal!"- Bonda Rozita buka mulut, tak berkenan anak gurau nak jadi PM

Muat naik hantaran Dato' Aliff Syukri sebelum ini telah menjadi perhatian wargamaya susulan hasratnya ingin menawarkan diri menjadi Perdana Menteri ke-9

Mak buka mulut anak nak jadi PM

Meskipun rata-ratanya tahu itu hanyalah bahan gurauan usahawan kosmetik berkenaan, namun berbeza pula anggapan bondanya iaitu Rozita Ibrahim berhubung perkara tersebut.

 

 

Hal ini dapat dilihat menerusia hantaran terbaharu bonda di Instagram yang memaparkan sebuah video berbentuk teguran buat anaknya yang menawarkan dirinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri.

"Kau boleh tak jangan buat hal?!"

"Kau jangan ingat mak tak boleh tegur kau ya... nampak je mak gelak... jangan buat lawak bodoh boleh tak?"

"Akulah orang pertama yang akan bangkang kau, elok-elok aku tak tahu politik nanti aku belajar, aku bangkang kau..."

"Kau ni kadang-kadang bukan boleh percaya, entah-entah betul kau buat."

'Dato' buat lawak je tu'

Dalam waktu yang sama, tak dinafikan video tersebut menjadi perhatian warga netizen yang rata-ratanya tak kering gusi melihat gelagat anak beranak itu.

 

'Anak bonda ni memang penghibur'

'Awas bonda dah masuk'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen