Che Ta pilih berdamai, sedia maafkan Diva AA walau kecewa maruah ibu dihina

Akui tidak kisah sekiranya fesyen dirinya serta anak-anak menjadi bahan kritikan namun, amat sensitif jika perkara tersebut turut membabitkan emaknya sekali.

Berang ibu jadi bahan kutuk

Menurut Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, berang dan hilang sabar apabila hinaan yang dilemparkan Azwan turut menyentuh soal ibunya.

"Saya rasa bukan saya je yang tak faham (maksud Azwan). Tapi siapa yang baca, orang akan faham (apa yang ditulis Azwan). Dia sebut ayat kurang sopan kepada mak saya."

"Saya rasa itu yang buat saya triggered apabila dia sebut fasal mak hang. Mak saya."

"Selama ini dia maki (kutuk) baju anak saya. Itu tak apa la saya tak kisah. Tapi this is too much."

Sedia maafkan jika ingin berbaik

Bagaimanapun, Che Ta dalam kenyataannya berkata bahawa meskipun tidak berbaik namun, dia tidak mahu bermusuh dengan rakan selebriti dalam industri hiburan.

"Kenapa kita kena ada musuh? Semua tahu sekarang dan akhir zaman. Kenapa nak buat musuh?"

"Pada sata kalau tidak boleh berbaik tak apa, tapi jangan ada musuh. Kalau dia nak berbaik, saya tiada masalah pun."

Terdahulu, media melaporkan kenyataan Azwan yang mendakwa Che Ta tidak faham tentang kata-kata kesat yang ditulis ketika dia berkongsi  foto pelakon itu.

Jelas Azwan golongan artis tidak seharusnya melenting sebaliknya perlu terbuka menerima tegurannya.

Susulan kontroversi berkenaan, kedua-dua mereka kini terlibat dalam proses undang-undang selepas pengacara berusia 55 tahun membuat laporan polis terhadap Che Ta.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen