Akui sukar istiqamah, Nabil Ahmad dan isteri padam foto lama. -"Ujian paling besar setakat ni."

Penghijaran selebriti sejak akhir-akhir ini telah mencuri tumpuan warga netizen, selain bersyukur dengan perubahan tersebut rata-ratanya turut berharap agar niat mereka dipermudahkan selain istiqamah.

Bercerita lebih lanjut tentang penghijrahan, umum sedia maklum bahawa pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dan isterinya Zira Ayub juga merupakan antara yang sudah berhijrah.

Padam foto lama

Terbaharu, Nabil memaklumkan bahawa banyak melihat perubahan isterinya ke  arah yang lebih baik selepas Allahyarham Siti Sarah pergi pada 9 Ogos lalu sehingga dia mengambil keputusan untuk memadam foto-foto lamanya yang tidak bertudung di media sosial.

"Satu berita yang sangat menggembirakan bila ramai rakan-rakan selebriti sudah bertudung. Tahniah dan bersyukur... saya tengok perubahan isteri pun saya rasa syukur sangat."

"Kita tak tahu bila akan sampai waktu kita, Macam saya dan isteri pun sudah padam gambar-gambar lama. Isteri saya pun dah padam gambar dia tidak bertudung sebelum ini."

-Nabil Ahmad-

Akui berdepan ujian besar lepas berhijrah

Selain itu, pengacara Meletop itu juga sendiri akui bahawa berdepan dengan ujian besar untuk kekal istiqamah dalam melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

"Ujian paling besar setakat ini dari segi nak istiqamah...nak bangun pagi untuk solat tahajud. Kalau masa awal-awal dahulu rajin nak bangun. Selepas itu jadi slow."

"Kadang-kadang dapat solat Subuh saja. Nak kekal istiqamah dalam membuat amal ibadah dan buat benda baik ini bagi saya ujian besar. Tapi saya tetap bersyukur dalam perjalannya hidup saya."

"Walaupun dah hujung-hujung tapi Allah bawa juga kita dekat denganNya. Kalau dulu, saya suka pakai topi, tapi sekarang lebih selesa pakai kopiah."

-Nabil Ahmad-

Tambah Nabil lagi, dia juga lihat ramai rakan selebriti yang kini sudah mulai perlahan-lahan berhijrah dan mendoakan agar mereka terus istiqamah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen