Abang hilang jawatan, Diva AA luah rasa gembira doa dimakbulkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Kemelut antara pengacara terkenal, Azwan Ali bersama seorang pelakon wanita, Rozita Che Wan nampaknya semakin panas apabila telah melibatkan pihak berkuasa dan juga saman menyaman.

Terbaru, pengacara penuh kontroversi itu atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah meluahkan rasa syukur di laman Twitter selepas doanya dimakbulkan Allah SWT.

Menerusi ciapan yang dimuat naik, DivaAA bersyukur apabila abangnya Datuk Seri Azmin Ali kehilangan kuasa susulan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.

Dalam pada itu, dia juga turut gembira kerana laporan polis yang dibuat terhadap seorang pelakon menjadi perhatian dan tular di media sosial.

Sebelum ini, satu ciapan yang dibuat oleh Diva AA mengudang rasa tidak puas hati Che Ta kerana dikatakan menghina ibunya dengan kata-kata tidak sepatutnya.

Susulan itu, Che Ta telah memuat naik satu kenyataan balas hingga membuatkan Diva AA panas dan melaporkan kepada polis sebelum bertindak ingin menyaman selebriti berkenaan sebanyak RM5 juta.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen