Sempena ulang tahun ke-24, Zul Ariffin titip hadiah istimewa buat Intan Najuwa

Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-24 pelakon, Intan Najuwa telah menerima pelbagai kiriman di hari istimewanya namun, ada sebuah hadiah yang telah menjadi perhatian peminat sekaligus meninggalkan teka-teki dalam kalangan mereka.

Pengirim Al-Quran undang tanda tanya

Hadiah tersebut merupakan senaskah Al-Quran kiriman seseorang yang hanya ingin dikenali sebagai Z.A dan ianya telah dikongsikan oleh Intan sendiri di Story IG miliknya.

Komen Zul dan Intan 

Memetik laporan Kosmo, pelakon Zul Ariffin ketika dihubungi mengesahkan bahawa hadiah Al-Quran itu memang merupakan pemberian daripadanya kepada Intan.

"Ya, memang saya bagi. Tapi sebagai hadiah daripada seorang kawan, itu sahaja. Kalau boleh, tak perlulah perbesar-besarkan hal ini. Itu cuma senaskhah Al-Quran."

-Zul Ariffin-

Bagaimanapun, berkenaan respon pelakon drama 'Tak Sempurna Mencintaimu' pula mengambil pendekatan untuk tidak mengulas tentang dakwaan tersebut.

Walau apapun selamat ulang tahun diucapkan, moga kebahagiaan terus mengiringi kehidupan Intan selepas ini baik dalam karier ataupun hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen